Ajari aku

28 May 2009
Dari dulu sampai aku dapat rasa deru angin arini..Aku rasa dah puas aku fikir kalimat y aku sendiri x berapa faham.. mantera y aku sendiri x pernah belajar.. aku tidur mlm dengan suasana y kian kelam.. bukan aku x mau sendiri.. tapi aku manusia y telah disifatkan begitu.. ada byk di fikiran aku hingga kini aku masih menanyakan pada diri sendiri..

Ajarilah aku bahasa cinta mu...aku janji aku akan cuba belajar..

love in Bikini Bottom

26 May 2009
Aku Dah dapat rasa dari dulu lagi spongebob mmg minat kat sandy.. adakalanya sandy merajuk ngn spongebob.. tapi spongebob ttp pujuk.. bagi spongebob, sandy adalah tupai y paling cantik di bikini bottom.. bulunya y lembut.. seksi.. sekali skala spongebob skodeng sandy dari luar globe kaca 2.. perghh!!.. sandy tgh berkemban sambil siram pokok.. spongebob teruja terus balik x kuar bilik.. apa dia bt aku no komen.. Tapi kalu tanya patric mmg dia tau.. tapi sampai sekarang aku rasa sandy x perasan spongebob suka kat dia.. aku rasa sandy ada pakwe dah.. tapi lantak ler.. bak kata epy..cinta bukan memiliki...

Video "Tentang Kita" nyanyian bukan spongebob


Echo=Bob nti nikah makan beradap aku nak duk sekali ngn ko leh?

Coca-Cola yang P.A.L.A.T

24 May 2009
Sejak berpuluh tahun dahulu kita rakyat malaysia di hidangkan dengan minuman gas. Tanpa pengetahuan y Secukupnya.. Semua itu kita minum tanpa baca Bismillah.. Coca-Cola adalah raja kepada semua minuman gas itu.. Kepada Peminat Coca-Cola.. Baca Entry Ini Perlahan-Lahan:

1. Dua gelen air coke akan disediakan kepada pasukan peronda lebuhraya bagi mencuci kesan darah apabila terjadinya kemalangan.. tindak balas asid nitrik di dalam coke yang ckup kuat mencairkan darah dengan cepat.

2. Sediakan tulang dan rendam di dalam air coke.. 3 hari kemudian.. anda akan dapati tulang itu sudah hancur bersama air coke tersebut..

3.Aku pernah melihat satu Dokumentari ttg bagaimana Air Coke digunakan sebagai pencuci tandas.. sebotol air coke 0.5 dituangkan dlam magkuk tandas dan dibiarkan.. selepas itu flus. anda akan dapati mangkuk tandas anda baru seperti y berada di kedai dalam cermin kaca.

4.Coke juga mampu menjadikan Organ dalaman anda pejal(sel mati dan berubah menjadi daging mati) kerana coke adalah bahan penghakis.

5. Pemerhatian Seorang budak bernama Epy..Pengemar Coke Akan mengalami reput tulang pada usia y muda. dan sendi mudah sengal2.. namun tidak sesengal epy.

6. Tulisan Pada Botol coca-cola juga dikatakan Anti-Islam dengan membawa maksud "La Muhammad La Mekah" jika diterbalik kan secara Horizontal.. namun Hanya Org y pernah mempelajari bahasa arab di sekolah walau pn gagal(termasuk en epy) dapat memahami tulisan itu.


Disini saya sertakan sedikit trailer dari movie terbaru bertajuk :
"Hujan Rintik-rintik Air Bergelombang"



Echo=Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal... erk..

Anak kecil

23 May 2009
Hidup dengan Diriku satu kebebasan Y terhad. Aku membesar dengan satu corak y berbeza.. aku dan adik ku -mohd salman- bezanya hanya 5 thn.. aku membesar denganya dengan pelbagai warna. tidur mlm aku hanya dengan diri dia.. kadang kala aku serabut bila aku di ekori bayang dia. apa perbuatan aku ingin jua dia lakukan.. walau buruk.. dia akan ikutkan.. Ahhh.. aku x nak tgk dia lagi.. aku ingin kebebasan aku sendiri.. aku cemuh bila umie ku suruh aku jaga dia.. aku x mengerti masa itu kenapa dia ni sibuk tol nak ikut aku.. mane aku nak lepak dia ikuti dan diketawakan rakan ku.. ahh lantak ko ler..

Itu dulu.. skrg aku tau.. aku dan dia x dapat dipisahkan.. aku tau dia mengikuti aku sbb aku abgnya.. dia ingin jadi seperti aku.. aku tau setiap kali tidur.. dia akan tolak semua bantal kepada aku.. sbb tau aku tidur dgn memeluk bantal.. skrg aku tau adik aku y dulu bukan anak kecil.. aku nampak diri aku pada dia.. tiba2 aku ingat kembali.. basikalnya dicuri di sekolah.. dia mengadu pada aku.. aku bt x tau.. dia nangis.. ptg 2 aku tgk buku lima aku x berada di tempat selalu.. sape pakai?? tanya diriku.. aku tgk atas katil baju adik aku koyak dan kotor.. aku cari adik aku.. dia ada dalam bilik kak ida.. mukanya merah.. aku tanya apa jadi.. dia cakap dia guna buku lima aku untuk pukul budak curi basikal dia.. skrg dia takut.. dia nangis2.. cakap abg budak 2 nak cari dia pukul dia.. aku sebak.. aku sesal x hiraukan dia tghari 2.. aku mintak maaf.. aku cakap x yah risau.. ko adik aku.. esok muka aku bengkak.. adik aku je tau knapa.... dia cakap dia x kan pukul bdk 2 kalu tau mcm ni.. aku bagi dia buku lima aku.. aku cakap.. ko jaga diri ko lpas ni.. dalam hati aku.. aku tau aku x leh jaga dia selamanya.. skrg dah 7 thn benda ni jadi.. aku tengok skrg dia jadi manja.. hidup nak senang.. pakai nak stailo.. rambut nak pacak2.. balik ni aku nak penampar laju2.. aku nak tanggal seluar dia time tido.. camne le aku didik x jadi lelaki jgk budak ni.. nak bayar bil api pn leh call aku mcmne.. cettttt...


Aku dan Budak paling manja.

Echo=Kalu dah nama bongsu.. camne pn ttp bongsu x kira mcm ne aku ajar..

The Phone

21 May 2009
Satu hari selepas hari kedua.. aku masih menyental mata aku.. mamai bila deringan polifonik hp aku menusuk telinga kiri.. aku amati no hp 2.. aku x kenal.. aku baca msg 2..

017622****="salam.. awak dah bgn ker atau masih tido?"
epy="tgh joging atas katil.. sape ni no ni x ada dalam hp saya"
017622****="saya sape?.. sape saya ye?"
epy="awak org gila!"..jawap aku marah2....
017622****="ni abah ni ampi"
epy="..................."... bunyi unggas berterbangan kedengaran....

moral of the story=jgn jawap msg time tgh mamai..

echo=abah di atas adalah ayah angkat aku di jitra kedah..

Serius ada semut kat meja aku..

20 May 2009
Aduh... aku x leh tahan dah ni.... errrkkkk... tahan ckit lagi... tarik nafas.. lepas.. push.. push..prrrrutttt..(eh bunyi apa 2..bkn aku...)
apakah jenis perasaan ni... aku gelisah... peluh2 jantan mancut2..

akhirnya....Fuuuuhhhhh....


asap putih menyelubungi ruang bilik ku..




Echo=Erk.. no komen...

Doaku

18 May 2009
Doaku di hari2 lalu aku simpan kembali.. semoga di tunaikan.. namun aku janji memahami jika tiada satu y diminta datang kembali.. Ia ttp doaku...

Tiada hanya diriku

Aku tau bumi itu berpusing dan berputar x henti masa dan waktu.. itu aku pasti.. aku memegang janji alam y akan tamat usia nya nti.. janji y aku tidak mengerti lagi.. dalam aku mencari sinar y hilang dulu.. aku berjumpa dengan pelbagai sinar y sebentar terangnya... bzaman pula gelapnya.. namun aku tetap berjalan.. aku belajar berjalan untuk terbang bila masanya.. terbang aku ringan di udara y milik bukan aku.. tiada hanya tafsiran dosa dan pahala.. sewaktu aku menjadi penghuni dunia.. terbang aku pada masa itu hanya kepada-NYA.. aku mungkin mengutip kembali satu- satu sisa dosa y aku tinggal semasa aku berjalan dulu... masa nya akan tiba jua.. terbang pulang kpada-NYA.. dalam saat y kabur aku mencari.. dalam jiwa y terang aku memberi.. dalam terik panas aku hayati.. bila jiwaku mati terhenti...

Echo= maaf kepada y tidak mengerti tulisan aku kali ini.. aku tiada kamus untuk diberi supaya memahami...

Burung Merpati Bertelur Di sarang

17 May 2009
Dulu time aku x baligh lagi, aku nak basikal rally warna biru.. umie aku cakap x yah beli y besar.. y kecik2 sudah, y tayar dia warna warni dan x ada tiub.. aku ngamok2 aku guling2 x pakai baju.. aku nak jgk basikal rally warna biru y taraf org dewasa pakai.. aku nak jadi macho masa 2.. sbb adik aku baru lahir dan aku takut dia lagi macho dari aku. Ayah aku beli gak akhirnya.. serius masa mula2 sampai dari kedai aku terus rampas dari ayah aku.. dan tanpa dipelawa aku terus naik.. mmg aku x sampai kaki naik basikal ni.. tapi aku kayuh jgk.. badan aku turun naik mengikut ayunan pedal basikal... sampai satu bonggol.. aku langgar sambil membunyikan loceng.. kringg.. kringg (eh macam bunyi tepon lak).. setelah aku langar bonggol 2 aku x dapat kawal basikal lagi.. aku masih mengayuh basikal dalam posisi berdiri..tiba2 dua2 kaki ku terlucut dari pedal basikal....OPPPSSSS!!...SENAKNYA!!!!!

sejak hari 2 ayah aku dah risau masa depan aku...umie aku gelak manjang.. karangan y cikgu aku suruh bt y bertajuk "aku sebuah basikal" x mampu aku siapkan....

echo=woooooo... mmg senak.... woooo....

Bila Makanan Dihadam

16 May 2009
Ada satu saluran dalam perut aku y bersambung dgn trakea.. disitu mula segalanya.. saluran 2 panjang dan gelap.. tapi hati aku cerah.. atas teori graviti setiap apa y masuk ke mulut aku terus ke saluran 2 dan sampai ke satu pembentung kumbahan.. disitu apa y aku makan dihadam.. "y tinggi depan y rndah belakang.. bt barisan tiga2.. dari kanan nombor!" kata perutku memulakan arahan kepada makanan itu.. hasilnya dalam tempoh 3 thn kilogram aku bertambah dari 58 menuju atas paras par iaitu 68.. sambil memicit perutku..walau x ada jerawat y dah masak.. aku bertanya mane datang bnda lipat2 kat perut aku ni... baru aku tau.. semua ni aku salahkan nasik goreng pataya+teh tarik gelas.. ptt aku nak jadi hero remaja x dapat.. ooooo...

** kat mane saluran kuar ni.. aku x jumpa.. gelap kat dalam ni.. hakhak
** eh nape aku x ada tiup folopio... oh tidak.. aku OKU.

Echo=camne aku nak lipat2 kat perut aku ni jadi petak2?? waaaaaaaaaa..

Dilarang Masuk Dalam Hati Itu

15 May 2009
Melayan hati itu indah.. tapi seolah hati aku sendiri tidak mengikut kata aku tuannya.. aku berkata.. "sabarlah mungkin dia hanya berkawan"... hati aku melawan.. dia kata "bukan begitu caranya berkawan.. ingat dia nak tunggu ko ker 4 thn.. ko mmg manusia bodoh".. aku kata kembali "aku tiada apa nak disangsi..aku memegang segala janji"... hati melawan lagi.. "janji hanya perkataan y dia mainkan.. dibibir bkn di hati..ko mmg lurus bendul " aku berkata "ko hati aku knapa ko x memberi sedikit ruang untuk aku menghembus lega".. hati aku berkata"aku sebenarnya ko.. siapa aku? ko tanya diri sendri..jwapanya ada"... aku berhenti bertanya selepas itu.. aku tau aku x dapat menipu hati ini.. dalam masa y sama aku x terdaya berhenti disini.. Arghhhh!!! sayapku patah lagi.. ingat senang ke nak tumbuh balik!

echo=jika kita bertanya hati kita.. siapa y menjawapnya??

Seribu Warna Pelangi

08 May 2009
Terbang aku kadang seolah tidak lagi seindah dulu.. makin aku terbang... aku jauh dgn umie... aku cuba kembali.. tapi umie x bagi.. umie cakap pergilah belajar di negeri org.. aku tanya.. umie ikut x.. umie cakap dia ikut menghantar aku... aku terbang demi umie.. tapi aku sedar umie tidak teman aku lagi disana.. aku cari.. mane umie.. aku sedar bukan senang untuk aku terbang dalam suasana dahulu lagi.. sejak hari itu sayap aku patah sebelah.. aku yakin umie tau.. tapi umie biarkan ia sembuh sendiri ..umie tau aku mampu terbang lagi.. dan umie tau di awan byk halangan dan aku perlukan sayap y cukup kuat.. umie patahkan dulu.. demi aku mampu utk terbang sendiri..

setiap kali aku jatuh.. aku panggil umie.. "umie sakitnya".. umie cakap.. belajarlah merasai sakit.. terbanglah kmbali...
setiap kali jalan y aku pilih adalah hitam.. "umie penatnya".. umie cakap.. patah balik ke asal rasailah cahaya dan terbang pulang...
setiap kali aku terbang dan di sekelilingku sepi tanpa lagu ku.. "umie sepinya".. umie cakap.. kita x akan terbang selalu berteman..

Umie.. Ampi rasa sayap ini kuat untuk terbangpulang... untuk menjaga drimu kala ini.. izinkan ampi terbangpulang kembali.. merasai seribu warna pelangi.. namun ampi tau hanya satu warna y ampi mampu sinari... ampi janji... hidup ampi selebihnya hanya kepada mu.. ampi rela ptahkan semua sayap supaya tidak terbang lagi... hanya ingin disisi mu.. selamanya....




**Umie ampunilah dosa diri ini.. Ku cium tapak kaki mu..

echo=umie ku hanya seorang guru agama di tadika.. namun aku tidak mampu seperti mu.. walau ijazah di tgn ku.. maaf diri ini.. aku sesat bila cahaya pelangi itu tidak disampingku..

Selamat Hari Ibu Untuk Dirimu......terima kasih .. mengajarku erti hidup dunia ini..

Disitu Langit Biru

06 May 2009
Aku tau langit itu biru... awannya putih.. aku tau indahnya dunia....
disitu pelangi mewarnai bumi.. letaknya di atas keindahan..indahnya dunia..
aku tau hijau nya alam... ditemani ungas rimba.. disitu duniaku...
air mengalir tenang.. menuju ke lautan.. indahnya duniaku...
diatas awan.. aku terbang... melihat dataran bumi... hijau indah...
aku terbang bebas kesana kesini... awan putih hanya disisi ku.. oh indahnya dunia...
aku lihat satu awan besar menuju kpada diri aku.. aku x peduli... aku terbang milihat dunia..
oh indahnya dunia ku.......
aku dapat rasa deru angin y kuat berhembus... aku berpaling kpada awan besar...
ohhhh... innn... daaahhhnnnyaaaa ..duuuunnnniiiiaaaaaaa...KECEPEK!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

terbangpulang dalam Kenangan(2000-2009)


**Dunia mmg indah... Manusia y Menghancurkan Keindahan...

echo=Tiada lagi burung-burung berkicau.. terbangpulang mati di tempat kejadian.. punca kejadian masih di dalam siasatan.

Siang Tak Segelap Malam

04 May 2009
Do you Think You Have Hope?? Think Again... Do You Think You strong enough??.. The cry not coming yet... Do you think what i think... You Think Nothing Because U not Me....

Putaran Sempurna

Seorg tua pernah berkata kepada aku.... "satu ujian di berikan kpd kita berdasarkan kemampuan diri.. " taktala ujian itu datang dan kita sebenarnya mampu harungi... Cuma kita kuat atau lemah tika itu.. tika bumi rebah berpusing kebawah.. tika itu aku tersungkur.. bila aku rebah.. mgkin aku merangkak untuk bgn.. aku x tau apa septtnya y aku bt.. jalan itu bkn mudah.. aku tau aku perlu bergerak.. antara aku merangkak.. aku berjalan.. aku berlari... itu semua pilihan aku... cuma satu.. aku tau aku x kan duduk di tempat y aku rebah itu... belum sempat aku bgn.. aku rebah lagi.. ada tika aku sedar aku tiada lagi kekuatan dalam diri.. benar aku tempang.. tapi aku tau ada lagi y mengharung hidup lebih payah dari aku.. y didalam hidupnya hanya satu pilihan.. dan di dalam pilihanya hanya satu keadaan.. X kisah berapa ribu kali jatuh.. y penting bagaimana kita bgn... dan akhiri perjalanan...... Are u going finish strong??



Waktu juga Makhluk Y -ESA

Echo=aku x fikir aku x kan jatuh.. esok jatuh lagi.. lusa pn.. minggu depan jatuh lagi kot

KEndi Kendiri

03 May 2009
Aku Bila diajak rakan.. aku akan selalu mengikutinya.. satu hari rakan aku ajak membuat rombongan sambil belajar di satu pasar jualan.. Penduduk Ipoh mengenalinya Dengan nama Gerbang Malam.. Aku suka Benda2 Antik y Dijual disana.. Aku tgk duit lama.. aku tgk jam antik.. aku tgk awek mantap.. eh.. bkn.. y 2 tertengok... Dalam kocek aku ada satu kode(0.5 sen pada zaman dulu)..

aku tanya pakcik 2 "bang duit ni kalu sy jual dapat berapa??"
abg misai "kalu gosok2 kasik clear ckit dapat rm200"
aku berkata dalam hati "hehehe.. ckit lagi msti ribu2"

Aku simpan sampai skrg... aku buh dalam dompet... semalam aku kuarkan.. apa y aku ada sekeping duit y permukaan y rata..(dah terkikis x nampak tulisan)

aku p tanya balik hrga duit 2,abg misai cakap"eh ni tudung botol F&N ni dik"


Gambar hanya Hiasan... X klik pn x pe..


**ArggggHHHhh Tok Nik Maafkan Epy.. Duit 2 dah X bernilai..HUHUHU

Anjakan Paradigma songsang

02 May 2009
Hari pertama aku di Ipoh.. aku bersarapan di satu kedai makan melayu.. aku order teh tarik gelas... hari kedua aku order teh tarik gelas... hari ke3 pn sama.. sampailah ke hari 27 aku order teh tarik gelas.. hari ke 28 aku order teh halia.. sambil tgn aku ketar2 menahan ketagih rokok.. tapi aku cool.. 5 minit berlalu......

............sekarang sape nak minum teh tarik gelas y ada di depan aku???
mane teh halia aku.. aku sebak...

**kenapa ssh betul org kita nak terima perubahan dalam pemikiran..

The Way Of Life

01 May 2009
Mlm tadi merubah segalanya.. Subuh aku terjaga dengan badan aku mengeletar.. Ya ALLAH apa hijabmu kali ini pada aku.. Aku mimpikan seorang tua mengajar aku silat dan katanya BERANI ITU IMAN.. MATI ITU WAJIB... tertusuk dalam diri ini.. Aku akn cuba mencari dalam sisa kehidupan ini.. manis agamaku.. manis mukjizat tunggal kepada ku.. izrail.. ambillah nyawaku tika aku bersedia untuk dihadapanya.. Amin...

Laguku x seindah dirimu

Aku pernah bernyanyi tapi sumbang.. aku hentikan.. aku maki-maki.. aku pernah menari tapi tempang.. aku hentikan.. aku maki-maki... aku pernah berpuisi tapi songsang.. mcm sebelum ini.. aku maki-maki juga.. mlm ini aku berhenti lagi.. entah ke berapa kehidupan aku terhenti.. aku teruskan mencari satu kehidupan y akan aku maki.. tapi tidak terhenti mcm sebelum ini.. aku tau waktu itu diri ku cacat dengan segala kekurangan dunia.. poket ku kering garing... seluarku x berbasuh dengan mesin basuh.. motorku hanya 2nd hand.. enjinnya kuar minyak.. tapi aku x mampu masa itu.. aku cuba tunaikan segala y termampu untuk dirimu.. apa jua pinta mu aku cuba.. malangnya semua x dapat di tunaikan.. sbb aku x mampu.. engkau minta bihun sup pada pukul 3 pagi.. aku jadi gila.. engkau minta kek pisang pada bulan ramadhan.. aku jadi serba salah nak beli.. engkau minta aku menari shuffle masa hari jadimu.. aku terus jadi cacat.. last sekali engkau minta aku lepaskan.. aku x tau apa salahku.. masa tu aku janji akan belajar joget shuffle.. aku janji blajar bt kek pisang.. aku janji akan bagitahu en najib ubah perlembagaan supaya kul 3am ada bihun sup dijual.. engkau kata aku berlagak.. aku kata aku x mampu.. mmg aku x mampu...... itu dulu aku x mampu.. tapi sekarang pn x mampu lagi..




**tiada lagi surat berbau bedak talkum darimu..hahaha..



Dr najib sahkan jantung aku retak menanti belah



echo=cerita diatas tiada kena mengena ngn aku.. btl ni x ada..